Sejarah Naning “Tanah Berkeramat Penghulu Berdaulat”

RM60.00

Naning merupakan sebuah wilayah yang cukup dikenali dalam sisi pandang para pengkaji dan pengemar sejarah negara. Perkembangan sejarah Naning yang diolah oleh Belanda menyebabkan pertarikhan sejarah Naning dianggarkan wujud sekitar abad ke-17 sedangkan tarikh pembukaannya adalah sama dengan pemerintahan Sultan Muzafar Shah di Melaka.

Sejarah perkembangan kebudayaan di Naning merupakan titik permulaan kepada kelestarian adat Perpatih dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Kedatangan Datuk Perpatih Nan Sebatang ke Naning sekaligus telah merubah landskap geopolitik masyarakat tempatan dan berjaya meluaskan pengaruhnya hingga ke perantauan orang.

Penulisan ini membahaskan perkembangan Sejarah Naning mengikut proses zaman dan melihat hubungannya dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Buku ini telah ditulis secara kritis dan membahaskan maklumat-maklumat yang pernah digunapakai sarjana terdahulu dalam mengkaji sejarah Naning kerana berlakunya masalah kurang memahami sistem kebudayaan orang Naning secara praktikal.

Justeru, buku ini bakal mengisi ruang lompang dalam Institusi sejarah Naning berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis secara emik dan praktik.

Penulis : Luqman Nulhakim Hazarmar

Tahun Terbitan  : 2018

Halaman : 200 mukasurat

ISSBN : 9789671567654

4 in stock

Category:

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 18 × 16 × 10 cm

You may also like…