Sejarah Fathoni

RM45.00

APA PERISTIWA PALING PENTING NAK SAMPAIKAN KEPADA UMUM? PASAIPA ORANG MELAYU KENA BACA?

Buku ini berasal dari sebuah manuskrip yang tersimpan di Pusat Manuskrip Negara dan siap dirumikan pada 15 April 2022. Manuskrip ini sangat misteri kerana pada akhir tamat penulisannya di tulis tarikh 1202 Hijrah (1787 Masihi) namun kisah-kisah yang dipaparkan pula berakhir pada tahun 1974. ini bermakna manuskrip ini di salin semula dan di buat penambahan cerita tanpa mengubah penulisan asal. Karya ini berbeza dengan teks berkaitan sejarah Patani yang lain seperti Tawarikh Raja Kota,Hikayat Patani dan Sejarah Patani yang pernah diterbitkan oleh pelbagai pihak satu masa dahulu kerana penceritaan di dalam buku ini tidak khusus kepada sesuatu topik tetapi menceritakan secara umum kesuluruhan peristiwa yang berlaku kepada negara Patani.

Terdapat pelbagai peristiwa penting khususnya usaha-usaha Raja Siam dalam menakluki Patani sejak zaman berzaman yang akhirnya menyebabkan Patani ditakluki pada tahun 1787. Begitu juga usaha-usaha yang di buat oleh rakyat Patani dalam percubaan mereka memerdekakan negeri Patani dari cengkaman Siam tanpa putus asa. Semoga buku ini menjadi satu bahan rujuk yang penting dalam memahami perjuangan berdarah rakyat Patani yang berlanjutan sehingga kini.

Merdekalah Patani!

Penulis : Mohd Herman Bin Roslan

Tahun Terbitan : 2022

Halaman: 106 mukasurat

ISSBN : 9789672675020

Out of stock

Category: