Lanun Melayu: Sebuah Kembara Berbahaya

RM50.00

Tajuk Buku: Lanun Melayu, Sebuah Kembara Berbahaya

Penulis : G.A Henty

Terjemahan Daripada : Among Malay Pirates

Terbitan Asal : 1897

Tahun Terbitan : 2017

Penterjemah : Ali Qowais

Diterbitkan oleh: Geroda Merah Press

Halaman : 236 mukasurat

ISSBN : 9789671377772

Buku ini berkisarkan tentang lanun Melayu yang muncul di Selat Melaka pada satu masa dahulu. Untuk mengembara dan melihat dunia merupakan keinginan yang terpateri dalam diri setiap manusia, dengan mengembara pelbagai keajaiban dapat disaksikan serta dirasai dan dapat memberikan kesegaran pada diri.
Buku ini juga akan membawa pembacanya mengembara ke seluruh pelusuk dunia dari timur ke barat, selatan ke utara, melalui cerita-cerita di dalamnya, sama ada menjelajah ke kepulauan Melayu bersama Parkhurst yang memperlihatkan keberaniannya apabila berhadapan dengan lanun-lanun Melayu yang ganas, ke lembah negara atas angin untuk menghayati kisah Dick, seorang sahabat sejati, kemudian pergi ke India untuk berhadapan dengan pelbagai kejadian aneh dan mistik di sana, serta pelbagai lagi koleksi cerita di dalamnya yang pasti tidak akan menghampakan.

HALAMAN: 236

1 in stock

Category:

Description

Permaisuri England sudah tidak sabar lagi untuk menjalinkan hubungan baik dengan Ketua-ketua Orang Melayu dan semua Raja-raja serta Sultan-sultan Melayu yang telah menerima perlindungannya.