Kisah Penggembaraan Ferdinand Magellan (Pelayaran ke kepulauan rempah melalui jalan barat)

Buku ini mengisahkan suka duka ferdinand magellan dalam mengusahakan suatu ekspedisi bagi membuktikan bahawa dunia ini berbentuk sfera seperti mana yang beliau fahami, sedangkan dunia barat pada waktu itu masih skeptik untuk menerima teori dunia berbentuk bulat dan masih ramai menganggap dunia itu leper atau ” flat earth ” sahaja.

Diringkaskan, magellan memulakan pelayarannya dari seville menghala ke barat mengelilingi benua amerika selatan dan menjadi asas kepada beberapa koloni sepanyol di benua itu, beliau turut menemukan selat magellan yang kita panggil hari ini di penghujung benua amerika selatan lantas mengemudi bahteranya hingga ke lautan pasifik.

Pelayaran penuh ranjau itu akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menemukan kepulauan filipina yang diambil sempena nama raja philip yang menjadi maharaja sepanyol pada waktu itu, namun peristiwa tragik telah mengorbankan nyawanya dan hampir saja mengorbankan ekspedisi itu sendiri, mujur lah ada di kalangan para pegawai yang masih mampu untuk meneruskan pelayaran hingga menemukan kepulauan rempah, kepulauan maluku seterusnya membolehkan mereka pulang dengan membawa kejayaan dan kegemilangan kepada sepanyol.

Ini butiran secara ringkas sahaja, selebihnya anda perlu membaca buku ini sehingga habis. Selamat membaca !!

Halaman : 189 mukasurat

ISBN : 9789672673194

Cetakn pertama : 2022

Penulis : Mohd Herman Bin Roslan

Penterjemah : Johan Ahmad

Category: