Hikayat Merong Mahawangsa (James Low)

RM70.00

ISSBN 978-967-26750-1-3
Penulis: James Low

Terjemahan Daripada : Marong Mahawangsa : The Kedah Annals
Penterjemah: Johan Ahmad

Terbitan Asal : 1849

Tahun Terbitan : 2018
Penerbit: Geroda Merah Press
Halaman: 275 mukasurat

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah hikayat yang sangat di kenali dan di minati oleh pihak walaupun ia mempunyai unsur mitos dan lagenda. Ia bukan saja di kaji oleh sejarawan dan sasterawan local tetapi menarik minat orang-orang Barat. Namun begitu ramai yang melupakan usaha yang di buat oleh James Low yang merupakan orang Barat pertama menterjemah karya ini ke dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu saja, beliau juga menjejaki hampir ke semua tempat yang di nyatakan di dalam Hikayat versi ini. Dari usaha beliau inilah menyebabkan usaha-usaha arkeologi di Kedah berkembang sehingga ke hari ini.

Buku ini merupakan terjemahan dari The Kedah AnnalsĀ yang diusahakan oleh Low. Teks ini mempunyai banyak perbezaan dengan beberapa teks lain yang mungkin sudah memecahkan teks James Low ini kepada beberapa bahagian seperti yang dilakukan oleh Maxwell, Siti Hawa Salleh dan Abdullah Lubis. Walaupun ia dipengaruhi oleh unsur kehinduan namun lokasi-lokasi penting yang terdapat di dalamnya harus di kaji dan di lihat semula.

151 in stock

Category: